TEHERAN 18 April - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 skala Richter menggegarkan barat laut Iran hari ini, beberapa hari selepas satu gempa kuat melanda kawasan sempadan Iran-Pakistan yang mengorbankan 40 orang.
Gempa yang berlaku di bandar Tassouj dengan kedalaman lapan kilometer itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemusnahan.
Agensi berita ISNA yang memetik pegawai tempatan di wilayah Azerbaijan Timur, Khalil Saiie berkata, pihaknya masih memantau gempa susulan dan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Gegaran gempa itu turut dirasai di beberapa bandar berhampiran Tassouj. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_23/Iran-dilanda-gempa-bumi-lagi#ixzz2Qra0kSpZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment