31 Mac 2013
KESELAMATAN kucing atau anjing kesayangan kini lebih terjamin dengan ciptaan peranti navigasi yang boleh dipasang pada leher haiwan itu.
Pencipta peranti Dave Evans, 41, dari Marlborough, Wiltshire berkata, alat navigasi itu mampu menjejaki setiap langkah haiwan menggunakan peta Google.
“Idea ini timbul selepas kucing peliharaan saya kerap hilang,” katanya dipetik dari laporan MailOnline.
Menurutnya, maklumat navigasi haiwan kalis air itu boleh diakses melalui komputer dengan menggunakan pemacu memori.
Beliau berkata lagi, kini pemilik anjing atau kucing tidak perlu lagi mengupah pembantu untuk membawa haiwan kesayangan itu bersiar.

No comments:
Post a Comment