Pages

Sunday, March 24, 2013

Meteor bagai bulan mengambang



Washington: Kilauan cahaya yang dilaporkan menerangi langit di pantai timur Amerika Syarikat (AS) ada kaitan dengan ‘insiden meteor’,” kata Agensi Angkasa Lepas AS (Nasa), semalam.

Pegawai Alam Sekitar Nasa Bill Cooke berkata, cahaya meteor itu dilaporkan begitu terang seolah-olah bulan mengambang.


Katanya, orang ramai dari New York hingga Washington menulis mengenai fenomena itu di media sosial. Cooke berkata, pada asasnya Nasa mendapati ada batu besar yang memasuki atmosfera di bahagian timur laut AS.

“Meteor itu dilihat secara meluas dengan lebih 350 laporan dikesan di laman sesawang Persatuan Meteor Amerika,” katanya.


Ahli persatuan itu, Robert Lunsford berkata, mereka melihat kilauan seperti tahi bintang yang sangat terang.


Cahaya terang-benderang di langit itu dapat dilihat sehingga jauh ke selatan di Florida dan hingga ke utara di New England, lapor akhbar USA Today.

Pengarang berita AP, Matt Moore berkata, dia sedang beratur untuk menonton konsert di Philadelphia ketika senja apabila ternampak “kilatan cahaya yang terang bergerak di langit sepantas kilat...dan secara senyap.” “Ia jelas kelihatan sangat tinggi di atmosfera.


“Tetapi dari cara ia muncul, kelihatan seperti sebuah pesawat yang bersedia untuk mendarat di lapangan terbang,” katanya. Moore berkata, imbasan cahaya itu kelihatan kira-kira dua hingga tiga saat dan kemudian menghilang. “Ia berbentuk bulat kekuningan dan anda boleh tahu ia terbakar,” katanya.

Ketua astronomi di Institut Franklin di Philadelphia, Derrick Pitts bersetuju dengan pendapat bahawa cahaya itu mempunyai tanda seakan-akan ‘bola api’. - AFP

No comments: