Pages

Friday, March 15, 2013

Duit syiling China kuno ditemui di Kenya




GAMBAR menunjukkan duit syiling China kuno yang ditemui di Pulau Manda, Kenya.


CHICAGO - Sepasukan saintis dari Illinois, Amerika Syarikat menemui sekeping duit syiling China kuno berusia 600 tahun di Pulau Manda, di Kenya.
Penemuan yang jarang berlaku itu diumumkan oleh Muzium Field di sini kelmarin.
Syiling itu ditemui dalam satu ekspedisi bersama yang diketuai pegawai muzium berkenaan, Chapurukha Kusimba dan penyelidik Universiti Illinois-Chicago, Sloan Williams.
Penemuan tersebut, kata mereka, membuktikan bahawa perdagangan antara China dan rantau timur Afrika telah wujud sejak beberapa dekad sebelum benua itu ditemui oleh pelayar Eropah.
Syiling kuno itu dibuat daripada campuran perak dan gangsa.
Duit tersebut juga mempunyai lubang di tengah supaya ia boleh dipakai pada tali pinggang.
Pasukan saintis itu memberitahu, syiling bersejarah itu dikeluarkan semasa pemerintahan Maharaja Yongle di China.
Nama Yongle tertera pada duit tersebut.
Ekspedisi berkenaan turut disertai oleh saintis dari Kenya, Pennsylvania dan Ohio.
Mereka juga menemui beberapa rangka manusia dan artifak lain yang lebih tua daripada syiling itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2NZrtyYMN 
Hakcipta terpelihara 

No comments: