OREGON 22 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sini layak dijulang sebagai wira setelah menyelamatkan nyawa adik perempuannya yang cedera parah akibat kemalangan kereta yang turut mengorbankan ibunya, di State Highway 401, selatan Naselle, di sini, pagi kelmarin.
Jurucakap polis, Russ Winger berkata, kereta yang dipandu Jessica Marie Rath terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan setelah wanita berusia 26 tahun itu dipercayai tertidur sewaktu memandu untuk menjemput suaminya, Keaton Huff di sebuah jeti di Portland.
Sejurus kemalangan itu berlaku, Aryanna Rath terus bertindak menarik keluar ibu dan adiknya, Lylah Huff dari kenderaan mereka serta menutup badan keduanya dengan selimut.
Dia kemudiannya cuba meminta bantuan pengguna jalan raya kerana lokasi kemalangan itu sedikit tersorok sambil badannya basah terkena hujan dan bergelut dengan kesejukan dinihari.
Menurut saksi, Kraai McClure dan Scott Beautler, mereka berhenti untuk memeriksa sebatang pokok rosak dan menemukan wanita yang telah mati manakala kanak-kanak itu sedang kesejukan kira-kira pukul 8 pagi.
''Aryanna wajar digelar sebagai hero. Kami hanya bertindak selepas itu sedangkan dia menyelamatkan nyawa adiknya,'' kata Beautler.
Lylah dikejarkan ke hospital Astoria dan menemukan bapanya di situ sebelum mereka dipindahkan ke sebuah hospital di Portland untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, bapa Aryanna, Huff berkata, kali terakhir dia menghubungi isterinya pada tengah malam kejadian bagi memaklumkan lokasi dia akan mendarat di Portland.
Dua jam selepas itu, isterinya masih tidak menghubunginya membuatkannya memuat naik status meminta bantuan rakan-rakan Facebook dan dia dimaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130223/lu_08/Usia-empat-tahun-jadi-wira#ixzz2LjwN9ieH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment