Pages

Sunday, February 3, 2013

Rongak kian diminati lelaki Afrika Selatan

Gigi ‘ompong’ dianggap simbol kehebatan lelaki di Afrika Selatan.Gigi ‘ompong’ dianggap simbol kehebatan lelaki di Afrika Selatan. Cape Town: Satu amalan tradisi puak yang tidak pernah luntur, malah menjadi gaya yang semakin diminati di kalangan pemuda di Cape Town serta wilayah lain di Afrika Selatan, ialah membuang beberapa gigi hadapan mereka.

Amalan dan gaya ini disifatkan simbol ketampanan dan kehebatan di kalangan lelaki di wilayah ini.
Walaupun kedengaran agak pelik, kebanyakan remaja Afrika Selatan sebenarnya lebih suka jika mereka dilihat rongak ketika senyum selepas mencabut gigi hadapan.


Dengan kebanyakan mereka mengenakan baju panas longgar dan bertopi selain dilengkapi kaca mata hitam, senyuman terbabit disifatkan unik di kalangan remaja Afrika Selatan yang gemar memberi aksi seperti samseng.

Bagi Yazeed Adam, 21, aliran fesyen ini dikenali sebagai ‘Cape Flats Smile.’

“Ia adalah fesyen di mana semua orang mengamalkannya,” katanya.

Nama ‘Cape Flats Smile’ datangnya dari sebuah kejiranan popular tempat pengubahsuaian tubuh yang pelik dilakukan oleh ramai remaja.

Tekanan rakan sebaya

Jacqui Freidling dari Jabatan Biologi Kemanusiaan Universiti Cape Town yang turut membuat kajian terhadap fenomena itu pada 2003 berkata, beliau mendapati fesyen dan tekanan rakan sebaya adalah punca utama remaja membuang gigi mereka, selain sebab perubatan dan juga gangsterisme.

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan.

“Saya dapati ia adalah tarikan fesyen ketika zaman ibu bapa saya,” katanya.
Amalan ini dikatakan sudah diterima sejak kira-kira 60 tahun lalu.


Keluarga miskin

Secara tradisinya, pengubahsuaian pergigian seperti tampalan gigi dan hiasan didapati hanya di kalangan kaum tertentu. Bagi masyarakat Cape Town yang moden, ia dilihat sebagai kelengkapan bagi remaja, paling berleluasa adalah di kalangan keluarga miskin. Sesetengah cerita mengatakan bahawa tradisi ini bermula daripada kalangan nelayan yang tidak dapat berkomunikasi sesama mereka di atas bot.

Jadi mereka mencipta ‘jurang wisel’ sebagai cara berkesan dalam komunikasi. Malah golongan lelaki merasakan ia juga satu tarikan kepada wanita dan sebaliknya. - Agensi

No comments: