Pages

Sunday, February 10, 2013

Penjelajah Antartika kandas



Gambar bertarikh 24 Januari 2013 merakamkan kumpulan ekpedisi tiba dari Elephant Island di luar perairan Semenanjung Antartika di South Georgia dengan hanya menggunakan bot biasa. - AFP
SYDNEY 9 Feb. - Dua individu yang cuba mengulangi penjelajahan bersejarah ke Antartika oleh Ernest Shackleton pada 1916, hari ini terperangkap pada penara di atas satu bongkah glasier gergasi, berikutan cuaca sejuk melampau yang menjejaskan usaha terakhir mereka untuk menamatkan misi itu.
Tim Jarvis dan Barry Gray terperangkap di Jurang Shackleton, namun meyakinkan anggota ekspedisi lain bahawa mereka masih mampu bertahan, walaupun berdepan cuaca sejuk melampau dan akan meneruskan penjelajahan seperti biasa selepas semuanya kembali pulih.
Empat lagi anggota ekspedisi dan kru yang akan merakamkan penjelajahan di kawasan pergunungan South Georgia sehingga ke stesen pemburuan ikan paus di Stromness itu sudah dipindahkan ke tempat selamat, berikutan suhu sejuk melampau.
"Mereka merupakan pendaki gunung yang cukup berpengalaman dan berjanji akan meneruskan ekspedisi selepas cuaca pulih," kata seorang lagi anggota, Paul Larsen.
Pasukan itu merancang menghasilkan satu dokumentari hebat tentang penjelajahan itu dan sudah menyiapkan rakaman tentang kejayaan Shackleton mengharungi Lautan Selatan menggunakan bot biasa dari Elephant Island, di luar perairan Semenanjung Antartik ke kawasan curam di South Georgia.
Ekspedisi terakhir merupakan pendakian selama dua hari kawasan pergunungan setinggi 900 meter, mengharungi jurang glasier untuk sampai ke stesen ikan paus, lokasi kapal Shackleton dan pasukannya karam.
Dalam ekspedisi itu, pasukan tersebut hanya memakai pakaian tradisional abad lalu dan menggunakan bot biasa yang hanya dilengkapi alat pandu arah dan bekal


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130210/lu_07/Penjelajah-Antartika-kandas#ixzz2KRyg3cQ5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: