Pages

Saturday, February 2, 2013

Pengukir berkarya guna tulang haiwan



UKIRAN berbentuk burung yang dihasilkan daripada tulang haiwan oleh pengukir di Bali. - AGENSI
JAKARTA - Tulang-tulang haiwan tidak lebih daripada sampah yang mesti dibuang bagi sesetengah orang. Namun, tahukah anda masih ada unsur-unsur kesenian boleh digarap daripada tulang haiwan ini dan hasilnya kelihatan amat cantik sekali.
Liputan6.com melaporkan, di kawasan tumpuan pelancong Tampak Siring di Gianyar dekat Bali, ramai pengukir yang berkarya dengan mengukir tulang haiwan.
Bagi seorang pengukir yang mahu dikenali sebagai Nano, dia menjadikan tulang-tulang haiwan sebagai karya seninya.
Tulang yang digunakan pula bermula daripada tulang ikan, tulang lembu, kerbau, tanduk hingga ke gading gajah.
Bagi pengukir ini, kualiti tulang haiwan lebih baik dibandingkan dengan kayu kerana ia mempunyai tahap kekerasan yang berbeza.
Malah, antara kayu dan tulang turut mempunyai kerumitannya sendiri.
Bagi Nano, sejak kecil lagi, dia telah 'bergelumang' dengan tulang, justeru ukiran tulang bukanlah asing baginya.
Bagi Nano, dia memperolehi kepuasan mengukir tulang kerana tidak perlu khuatir karyanya akan mengalami kerosakan mahupun patah.
Bagaimanapun pasaran ukiran tulang masih dikuasai pelancong daripada Amerika Syarikat dan Eropah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130202/lu_09/Pengukir-berkarya-guna-tulang-haiwan#ixzz2JkWIZmWX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: