Pages

Thursday, February 21, 2013

Kapal mewah Abramovich berlabuh di New York




KAPAL mewah milik Abramovich berlabuh di dermaga 90 di New York kelmarin.


NEW YORK - Sebuah kapal mewah kepunyaan pemilik kelab bola sepak Chelsea di England, Roman Abramovich dari Rusia kelihatan berlabuh di sebuah pelabuhan di bandar raya New York kelmarin.
Pada minggu lalu, kapal berkenaan berlabuh dekat Manhattan di negeri New York.
Kapal mewah itu merupakan yang terbesar di dunia dengan panjangnya ialah 162.45 meter.
Ia berlabuh di dermaga 90 yang dikendalikan oleh pihak New York Cruise.
Kapal tersebut mempunyai dua buah kolam renang, dua buah tempat pendaratan helikopter dan sebuah kapal selam mini.
Sistem pertahanan peluru berpandu, tingkap kalis peluru di bilik suite Abramovich juga terdapat pada kapal tersebut yang bernama Eclipse.
Terdapat 24 buah kabin untuk tetamu dan kapal tersebut mempunyai 70 kru.
Kapal tersebut dibina oleh syarikat pembuat kapal, Blohm + Voss di Jerman.
Ia diserahkan kepada Abramovich pada Disember 2010 dengan harga hampir AS$1.5 bilion (RM4.64 bilion).
Kapal tersebut berada di Pelabuhan St. George di Bermuda pada 29 Januari lalu.
Ia tiba di New York pada 13 Februari lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0221&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2LTrtlXg7 
Hakcipta terpelihara 

No comments: