Makassar: Kegiatan memperdagangkan wanita berkembang di Makassar kerana ia menjadi tempat lelaki hidung belang membuat dan memperoleh pesanan mendapatkan gadis dari daerah luar.
Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Selatan, Endi Sutendi, berkata ada pihak tertentu bertindak sebagai orang tengah menghubungkan lelaki tertentu dan gadis yang ingin menjual dara.
Katanya, kegiatan itu dipercayai berlaku sejak empat tahun lalu. “Gadis terbabit dibawa dari pelbagai daerah, terutama dari Sulawesi Selatan dan Sulawesi Barat,” katanya.
Menurut Endi, harga minimum untuk ‘membeli’ dara adalah Rp10 juta (RM3,220). Mengenai modus operandi sindiket terbabit, Endi berkata, pada awalnya orang tengah mendapat pesanan khas daripada lelaki dan mencari mana-mana gadis yang sesuai dengan kehendak pelanggan terbabit. “Selepas dapat, gadis terbabit dibawa ke Makassar dan diserahkan kepada pelanggan sebaik saja bayaran diselesaikan,” katanya. - bangkapos.com
No comments:
Post a Comment