TANGAN bionik dibeli Taylor membolehkannya melakukan kerja harian seperti menseterika pakaian. |
Namun, kini dia mampu memanjat tangga, memegang tali, malah menyiapkan pemasangan wayar yang kompleks selepas dia diberikan tangan bionik generasi baru.
TAYLOR menunjukkan bahagian dalam tangan bionik yang membolehkan dia melakukan pelbagai aktiviti dengan lebih berkesan. |
Alat berharga £47,000 (RM226,800) itu mempunyai elektrod yang mengesan pergerakan pada otot dan mencetuskan isyarat yang dihantar ke tangan.
Kini, Taylor boleh memegang objek pelbagai saiz dengan kukuh, selain melakukan tugasan mudah domestik yang selama ini dipandang remeh sesetengah individu seperti memasang butang atau mengambil set kunci.
Tayloy sedang memegang seutas tali panjang yang menarik anak lelakinya ketika ombak besar melanda jet ski berkenaan.
Ketika Taylor tercampak ke air, tali itu terbelit dan mencengkam tangannya sehingga putus. Sejak itu, dia mencuba beberapa tangan palsu disediakan hospital sebelum menemui Tangan Michaelangelo yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan Jerman.
Taylor dirujuk kepada klinik swasta, Dorset Orthopaedic, yang kemudian menguruskan pemerolehan tangan berkenaan.
Ia dikenali sebagai Tangan Michaelangelo kerana mengambil nama pelukis terkenal Itali yang digelar sebagai “Tangan Tuhan.” Bapa kepada empat anak berasal dari Ivybridge itu berkata, dia menemui Tangan Michaelangelo selepas melayari Internet bagi mencari alternatif kepada tangan palsu disediakan hospital. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment