Pages

Friday, January 25, 2013

Siput hidup dalam hidangan

pix_toprightAberdeen: Seorang wanita terkejut menemui seekor siput masih hidup dalam hidangan makan malamnya di sebuah hospital.
Angel Crawford, 20, menemui siput itu ketika makan kentang putar beberapa hari selepas melahirkan anak di Hospital Bersalin Aberdeen, November lalu.

Kejadian itu menyebabkan model dan ahli muzik berkenaan tidak lagi mahu makan makanan hospital.
Ketika menceritakan peristiwa itu semalam, Angel berkata: “Mulanya saya tidak menyedarinya. Tetapi selepas makan satu atau dua sudu penuh, saya ternampak siput berkenaan. Saya berhenti makan dan berkata, “Ia kelihatan seperti siput.” Saya melihat dengan lebih dekat dan saya mengulangi beberapa kali perkataan “Oh Tuhan, apa benda itu.” Kemudian tunang saya, Gavin melihatnya lalu berkata, “Ia sudah pasti siput,” Angel yang kini was-was mengenai kualiti makanan hospital mengaku pengalaman itu menyebabkan dia tidak lagi ingin makan di hospital.

“Apabila anda sudah berdepan dengan emosi selepas melahirkan anak dan bimbang mengenai keadaan anak anda, ia bukan pengalaman baik untuk dilalui.” Angel yang berasal dari Aberdeen, Scotland, menghubungi Richard Carey, Ketua Eksekutif NHS Grampian, satu daripada 14 lembaga kesihatan serantau Perkhidmatan Kesihatan Scotland, untuk mengadu kejadian itu.

Dia menerima permohonan maaf, kelmarin dan tawaran melawat dapur lembaga berkenaan.
Seorang jurucakap NHS Grampian berkata: “Kami terkejut selepas mengetahui kehadiran ‘benda asing’ dalam makanan itu dan kami akan berkongsi hasil siasatan pihak pembekal dengan Angel.” - Daily Mail

No comments: