Pages

Wednesday, February 29, 2012

135 lagi korban serangan di Syria

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penduduk Syria menghadiri pengebumian beramai-ramai penduduk yang terbunuh semasa bertempur dengan tentera kerajaan di kawasan Khaldiyeh, bandar Homs di utara Syria pada 26 februari lalu. - REUTERS


BEIRUT 28 Feb. - Pasukan keselamatan Syria melancarkan serangan di kawasan pemberontak di bandar Homs dan Idlib, menyebabkan seramai 135 penduduk awam terbunuh.

Serangan tersebut dilancarkan ketika kerajaan memuji kelulusan Perlembagaan baru yang menerima 90 peratus undi, sekali gus menunjukkan kejayaan reformasi demokrasi yang cuba ditunjukkan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan aktivis Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) berkata, seramai 64 penduduk ditembak mati pasukan keselamatan Syria ketika meninggalkan daerah Baba Amr, di tengah bandar Homs.

Baba Amr dan daerah-daerah lain di tengah Homs seperti Inshaat dan al Bayada berada di bawah pengawasan tentera Syria sejak 4 Februari ini.

Sumber-sumber berita yang diperoleh, bagaimanapun tidak dapat disahkan kerana kerajaan Syria masih mengenakan larangan terhadap kumpulan wartawan bebas daripada melaporkan sebarang berita yang berlaku di kawasan-kawasan 'panas'.

Sebelum ini, kumpulan aktivis melaporkan serangan yang dilancarkan di Baba Amr dan Al Khalidiyeh menyebabkan 40 terbunuh manakala seramai 31 askar berpaling tadah maut di wilayah Idlib.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri menyatakan proses pengundian draf Perlembagaan baru yang diadakan pada Ahad lalu memperoleh undian lebih 57 pratus.

"Proses demokrasi ini berlaku dalam suasana kebebasan, tulus dan adil," katanya.

Pihak pemberontak, bagaimanapun memboikot referendum tersebut dengan menyatakan Assad bakal menggunakan kelebihan itu untuk menguatkan barisan pertahanannya bagi melindungi rejimnya. - DPA


'via Blog this'

No comments: