myMetro | Tanam sayur di Marikh: "BEIJING: Angkasawan China bersedia menanam sayur segar di Marikh dan bulan selepas pengkaji berjaya menamatkan ujian awal di Beijing, lapor agensi media Xinhua.
Empat jenis sayur ditanam dalam “sistem sokongan hidup ekologi”, iaitu kabin seluas 300 kubik meter yang membenarkan angkasawan membina sendiri stok udara, air dan makanan ketika dalam misi angkasa lepas.
Sistem itu yang bergantung kepada tanaman dan lumut “dijangka digunakan di pangkalan dataran di bulan atau planet Marikh.”
Peserta dalam eksperimen itu boleh “menuai sayur segar untuk dimakan,” lapor Xinhua yang memetik kata-kata pengkaji Deng Yibing dari Pusat Kajian dan Latihan Angkasawan China.
Laporan itu menyatakan, angkasawan China mungkin dapat makan sayur segar dan bekalan oksigen dari tempat tanaman di pangkalan planet biru di masa depan.
Laporan itu menambah, ia adalah eksperimen pertama dibuat di China.
China berkata, ia akan mendaratkan kenderaan eksplorasi di bulan buat pertama kali, tahun depan.
Ia sebahagian program angkasa lepas termasuk rancangan jangka panjang untuk mendaratkan angkasawan di bulan. - AFP"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment