Pages

Tuesday, December 25, 2012

Puluhan terbunuh serangan jet Syria

Puluhan terbunuh serangan jet SyriaPenduduk mengusung jenazah mangsa serangan untuk dikebumikan.
BEIRUT - Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh dan ratusan yang lain cedera selepas sebuah jet pejuang Syria membedil sebuah kedai roti di bandar Halfaya, wilayah Hama, kelmarin.

"Setakat ini, kita belum dapat memastikan jumlah kematian. Sebaik tiba di lokasi serangan, saya melihat lambakan mayat di atas tanah yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak," kata aktivis tempatan, Samer Al-Hamawi.

Menurut Hamawi, Halfaya merupakan bandar yang ditawan pemberontak sejak beberapa hari lalu.

Serangan yang dilakukan tentera Presiden Bashar Al-Assad dipercayai sebahagian usaha menghapuskan kumpulan itu.

Kata Hamawi, sewaktu kejadian ribuan penduduk tempatan sedang beratur untuk mendapat roti di kedai berkenaan kerana kekurangan bekalan makanan susulan tercetusnya kebangkitan rakyat menentang Assad.

"Lebih tiga hari bekalan tepung terputus dan penduduk terpaksa mendapatkan bekalan makanan di kedai roti," katanya.

Sementara itu, kumpulan hak asasi kemanusiaan berpangkalan di New York, mengutuk tindakan serangan oleh tentera Assad di kedai berkenaan yang membunuh golongan wanita dan kanak-kanak. - Al-Jazeera

No comments: