Pages

Saturday, September 29, 2012

Pemuda asah bakat mengasuh

Michael
Sepanjang empat tahun di kolej, Michael didedahkan dengan
tugasan menyalin lampin, menyuap makanan dan tugasan seorang pengasuh bay
 anda melepaskan anak-anak kecil di bawah jagaan pengasuh lelaki? Apa kata berubah angin dengan memberi peluang kepada golongan pengasuh lelaki menjaga anak-anak semasa anda keluar bekerja.

Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di Britain.

“Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar pemanas sahaja.
"Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata Michael.

Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu.

Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000 (RM248,048).

Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard. -The Mail

No comments: