Pages

Tuesday, September 4, 2012

Gempa bumi kedua landa Filipina




         
MANILA: Gempa bumi sederhana kuat melanda selatan Filipina, semalam, beberapa hari selepas gegaran kuat melanda wilayah sama hingga menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud itu berlaku di Laut Celebes, 67 kilometer ke selatan bandar Palimbang di Mindanao, menurut Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina.


Pihak berkuasa berkata, tidak ada laporan kematian atau kemusnahan diterima. - AFP

No comments: