Pages

Sunday, March 4, 2012

Fenomena tanpa bayang di Bogor, Jakarta


JAKARTA 3 Mac - Tepat pukul 12 tengah hari ini, bandar Bogor di Jawa Barat mengalami fenomena hari tanpa bayangan, manakala ibu kota Jakarta akan mengalami fenomena sama esok.

Untuk tempoh dua hingga lima minit, orang ramai tidak dapat melihat bayangan sendiri di bawah sinar matahari kerana matahari berada tepat di atas kepala dan jika cuaca tidak berawan, bahang panas matahari adalah optimum dan bersifat sangat menyengat.

Selepas tempoh itu, bayangan mereka akan kelihatan semula kerana kedudukan matahari semakin beralih ke garis lintang arah utara.

Peneliti Utama Astronomi Astrofizik di Lembaga Penerbangan dan Angkasa Lepas Nasional (LAPAN) Indonesia, Dr. Thomas Djamaluddin berkata, kejadian itu merupakan fenomena yang biasa berlaku pada tarikh sama dua kali setiap tahun kerana pada ketika itu matahari berada tepat di garis lintang di kawasan terbabit.


Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: