SHANGHAI 10 Mac - Polis China menembak mati empat suspek pembuat bom di wilayah Xinjiang, barat daya China, lapor Radio Free Asia hari ini.
Menurut polis tempatan yang dipetik oleh stesen penyiar beribu pejabat di Amerika Syarikat itu, satu serbuan dilancarkan ke atas sebuah rumah ladang pada Khamis lalu selepas seorang lelaki cedera ketika membuat bom di rumahnya.
Seramai 21 orang ditahan ketika serbuan itu dan seorang anggota polis turut cedera di tangan akibat ditetak dengan kapak oleh seorang daripada suspek, lapor Radio Free Asia.
China menyalahkan pejuang pemisah Islam yang mahu menubuhkan sebuah negara merdeka yang dikenali sebagai Turkestan Timur di wilayah itu atas keganasan yang berlaku di Xinjiang.
Beberapa pegawai China turut mendakwa anggota kumpulan pemisah itu dilatih di Pakistan.
Bulan lalu, kerajaan mendakwa polis menembak mati tujuh penyerang bersenjatakan pisau yang membunuh 13 orang di Xinjiang.
Bagaimanapun, kumpulan Uighur dan aktivis hak asasi manusia berkata, China memperbesar-besarkan ancaman pemberontak di Xinjiang. - REUTERS
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment