Pages

Sunday, January 29, 2012

Perbualan terus lebih baik daripada SMS





2012/01/29

MADISON: Satu kajian terbaru mengesahkan pemerhatian yang dilakukan sejak sekian lama iaitu kata-kata ringkas seorang ibu mampu memberi ketenangan kepada anak remaja mereka berbanding sekadar menghantar pesanan ringkas (SMS), kata satu kajian di Amerika.

Kajian mendapati seseorang yang menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan harapan meredakan tekanan yang dialaminya, tidak akan memperoleh apa yang diingini. Sebaliknya tekanan akan bertambah dua kali ganda.
Pakar antropologi Universiti Wisconsin-Madison berkata, kajian sebelum ini mengesahkan bahawa percakapan seorang anak melalui telefon atau berbual secara berhadapan dengan ibunya merangsang tindak balas hormon yang dapat meredakan tekanan berbanding hanya menghantar SMS.
“Kajian menunjukkan kadar hormon cortisol yang dikaitkan dengan tekanan atau emosi tertekan berkurangan, manakala hormon oxytocin yang merangsang rasa gembira semakin meningkat, ketika seorang anak bercakap atau berbual dengan ibunya melalui telefon,” katanya.

Beliau berkata, dalam kajian terbaru itu, seramai 64 remaja berusia antara 7 hingga 12 tahun ditanya cara menyelesaikan masalah matematik di hadapan tiga orang dewasa yang tidak dikenali, suatu keadaan yang mencetuskan rasa tertekan.

Penyelidik mengukur perubahan kadar oxytocin dan cortisol selepas remaja perempuan yang tertekan dibenarkan membuat pilihan sama ada untuk menghubungi ibu mereka melalui telefon, berbual secara berhadapan atau menghantar pesanan ringkas.

“Kami mendapati paras hormon cortisol remaja yang menghantar pesanan ringkas kepada ibu mereka meningkat pada kadar tinggi berbanding mereka yang bercakap dengan ibu bapa melalui telefon atau secara berhadapan.
“Mereka didapati lebih tertekan dan ujian kami menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda paras hormon cortisol. Jelas, SMS yang dihantar tidak membantu memberi mententeramkan seorang,” katanya. – Agensi
Berita Harian Online | Perbualan terus lebih baik daripada SMS:

'via Blog this'

No comments: