PASUKAN keselamatan Iran melepaskan roket dari sebuah bot ketika latihan ketenteraan di Selat Hormuz, kelmarin.
TEHRAN: Iran mengumumkan pihaknya akan melakukan ujian peluru berpandu jarak jauh sebagai sebahagian daripada latihan tentera di Teluk Parsi.
Pengumuman itu dibuat di tengah ketegangan antara Iran dan kuasa Barat berikutan ancaman Tehran untuk menyekat jalan pengangkutan minyak melalui laluan strategik, Selat of Hormuz.Pegawai kanan tentera laut Iran berkata bahawa ujian peluru berpandu dari darat ke laut, antara permukaan dan peluru berpandu udara, akan dilakukan ujian di Teluk Oman di selatan Teluk Parsi, lapor The Telegraph.Naib presiden Iran, Mohammed Reza Rahimi baru-baru ini memberi amaran bahawa ‘walau setitik minyak’ tidak akan dibenarkan melepasi laluan Selat Hormuz jika Eropah dan Amerika Syarikat meneruskan rancangan untuk menghukum Tehran berikutan aktiviti nuklearnya dengan mengenakan sekatan terhadap eksport sumber tenaga.
Ancaman itu memaksa satu maklum balas keras dari Amerika Syarikat di mana ia mengatakan bahawa cubaan halangan itu tidak akan membabitkan toleransi.
Ia membangkitkan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat boleh menghantar kapal perang ke rantau itu untuk melindungi perkapalan antarabangsa.
Dua kapal laut Amerika Syarikat dilaporkan memasuki zon di mana Iran mengadakan latihan perangnya pada Khamis walaupun pihak tentera menegaskan bahawa mereka dalam misi rutin.
Sementara itu seramai 5,283 orang termasuk 390 wanita berdaftar untuk menjadi calon dalam pilihan raya Parlimen Iran yang dijadual pada 2 Mac, kata Kementerian Dalam Negeri semalam.
Majlis Ulama Iran, panel yang terdiri daripada ulama konservatif dan pakar undang-undang, memantau calon berdaftar sama ada mereka mematuhi syarat yang untuk mengisi 290 kerusi di Parlimen.
Setiap calon mestilah warga Iran berusia antara 30 hingga 75 tahun yang akan menegakkan perlembagaan yang mensyaratkan kuasa mutlak di tangan pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei.
Calon perlu mempunyai ijazah sarjana atau setaraf.
Majlis itu turut bertanggungjawab menyelia pilihan raya dan meluluskan keputusan pengundian.
Parlimen Iran ketika ini dikuasai pihak konservatif. Mereka bukanlah blok sendirian, bagaimanapun ia akan mewakili beberapa senarai.
Mereka juga termasuk 60 reformis tetapi parti reformis utama yang sesetengahnya diharamkan tidak akan menyertai pilihan raya.
Bagaimanapun, sesetengah calon dari kem reformis sudah mendaftar, menurut media Iran.
Pilihan raya pada Mac akan menjadi kali pertama sejak pertelingkahan dalam pilihan raya semula 2009 oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad, yang mengumumkan kemenangan walaupun mencetuskan dakwaan penipuan dan protes besar-besaran yang ditangani dengan kekerasan. - AFP.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment