2011/10/10
Sistem pesawat kawalan jauh AS hadapi masalah, gagal usir penceroboh WASHINGTON: Virus komputer menyerang pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat, Predator dan Reaper yang digunakan tentera negara itu untuk menyasarkan militan dengan mengganggu sistem juruterbang ketika di berada udara, lapor majalah komputer, Wired.
“Kami sentiasa membuangnya, tetapi ia tetap muncul semula. Kami fikir ia tidak berbahaya. Tetapi, kami masih belum boleh yakin sepenuhnya,” kata sumber yang arif dengan gangguan komputer kepada majalah berkenaan.
Pakar rangkaian keselamatan tentera Amerika berkata, masih belum jelas sama ada virus itu dihantar secara sengaja dan bagaimana ia disebarkan tetapi mereka yakin ia menjangkiti mesin operasi sulit dan tidak sulit pangkalan udara Creech.
Oleh sebab itu, data rahsia mungkin sudah bocor dan jatuh ke tangan pihak luar yang bukan anggota tentera.
Tentera Amerika tidak menyembunyikan pesawat kawalan jauhnya apabila melancarkan operasi di Libya atau di medan perang Afghanistan, berbeza dengan misi rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) bertujuan membunuh militan al Qaeda di Pakistan, Yaman dan di tempat lain. – AFP
No comments:
Post a Comment