Pages

Monday, October 24, 2011

Reputasi pemimpin baru tercalar




2011/10/24

LONDON: Setiausaha Pertahan Britain yang baru, Philip Hammond semalam berkata, reputasi pemimpin baru Libya 'tercalar' berikutan pembunuhan pemimpin diktator yang digulingkan, Muammar Gaddafi.

Hammond berkata beliau mahukan siasatan dibuat terhadap kematian Gaddafi, yang ditangkap masih hidup selepas kejatuhan bandar kelahiran beliau, Sirte Khamis lalu.
“Ia pastinya bukan cara yang patut kita lakukan dan kita juga tidak suka ia terjadi seperti itu. Kita mahu melihat Kolonel Gaddafi menjalani perbicaraan paling baik di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
“Kita mahu beliau menjawab apa yang dilakukannya bukan saja di Libya tetapi pastinya kebanyakan perbuatan jenayah yang beliau sokong dan lakukan di luar Libya, di mana kita di Britain menjadi juga menjadi mangsa,” katanya kepada stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Beliau berkata, kerajaan Libya sekarang akan faham bahawa reputasi mereka di mata masyarakat antarabangsa tercalar dengan kejadian yang berlaku.

Hammond menyambut baik pengumuman pilihan raya bebas pertama Libya dalam tempoh 42 tahun dan berkata, sebuah kerajaan baru akan mengambil kira semua bahagian di negara Afrika utara itu.

“Kami campur tangan dalam cara yang kami lakukan di bawah resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi penduduk awam Libya ketika mereka membebaskan diri daripada Gaddafi.
“Mereka kini perlu bekerja keras untuk membawa Libya menuju masa depan, apa masa depan mereka. Pengumuman pilihan raya dalam tempoh lapan bulan adalah satu langkah yang terbaik.”

“Ia membolehkan penduduk Libya sekarang memikirkan bagaimana, membentuk keadaan yang dapat memberi kestabilan dan kemakmuran negara pada masa depan,” katanya. – AFP
Berita Harian Online | Reputasi pemimpin baru tercalar:

'via Blog this'

No comments: