TOKYO: Pihak berkuasa tempatan di seluruh Jepun kini menguji beras negara itu bagi memastikan keselamatan penduduk kerana bimbang makanan ruji tempatan itu juga dicemari radiasi.
Pengumuman mengenainya dibuat minggu ini ketika penduduk gusar dengan pencemaran radioaktif dalam makanan selepas menghadapi krisis nuklear terburuk dalam tempoh 25 tahun disebabkan kebocoran loji Fukushima di timur laut Jepun.
Tahap pencemaran radioaktif tinggi sudah dikesan dalam daging, sayur, teh, susu, makanan laut dan air. Tetapi, jika beras juga tercemar, ia dianggap bencana besar, kata pakar makanan.
“Selepas gempa bumi melanda, penduduk menganggap sesuatu masih dilakukan bagi menggantikan apa yang hilang. Jika mereka tidak dapat menikmati kari daging, mereka boleh buat kari ayam yang diimport.
“Tetapi, tidak begitu dengan beras tempatan,” kata Pakar Keselamatan Makanan di Kajian Makanan, Pertanian dan Sains Alam Sekitar Universiti Miyagi, Shigenobu Ikedo. – Reuters bharian
Pengumuman mengenainya dibuat minggu ini ketika penduduk gusar dengan pencemaran radioaktif dalam makanan selepas menghadapi krisis nuklear terburuk dalam tempoh 25 tahun disebabkan kebocoran loji Fukushima di timur laut Jepun.
“Selepas gempa bumi melanda, penduduk menganggap sesuatu masih dilakukan bagi menggantikan apa yang hilang. Jika mereka tidak dapat menikmati kari daging, mereka boleh buat kari ayam yang diimport.
“Tetapi, tidak begitu dengan beras tempatan,” kata Pakar Keselamatan Makanan di Kajian Makanan, Pertanian dan Sains Alam Sekitar Universiti Miyagi, Shigenobu Ikedo. – Reuters bharian
No comments:
Post a Comment