Pages

Monday, April 18, 2011

Rejim Gaddafi nafi guna bom berangkai ke atas para pemberontak

MISRATA: Libya semalam menafikan dengan keras tuduhan bahawa tentera rejim Muammar Gaddafi menggunakan bom berangkai ke atas para pemberontak di bandar Misrata.

Sebelum ini, badan hak asasi kemanusiaan, Human Rights Watch (HRW), melaporkan penggunaan bom serupa itu yang telah diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Bom itu memberi kesan dahsyat kerana meletup di udara dan pecahannya berselerakan ke kawasan luas di bawah.'Malam semalam, kelihatan seperti hujan,' kata seorang penduduk di Misrata, Encik Hazam Abu Zaid, mengenai letupan bom berangkai di bandar itu.Namun, jurucakap rejim Libya, Encik Mussa Ibrahim, menafikan tuduhan itu.'Tentu sekali tidak. Kami tidak melakukan perkara itu. Dari sudut moral dan undang-undang, kami tidak boleh melakukan perkara itu. Kami mencabar mereka untuk membuktikan tuduhan ini.'Wartawan dari akhbar New York Times yang pertama kali melaporkan dan mengambil gambar serpihan bom berangkai yang dijumpai di bandar Misrata.Pengarah divisyen senjata HRW, Encik Steve Goose, berkata:'Tindakan Libya menggunakan senjata ini, terutama di kawasan kediaman, sangat mengejutkan. Bom itu satu ancaman yang besar kepada orang awam semasa serangan kerana ia tidak mengenal sasarannya dan juga selepas itu, apabila ada bom yang belum meletup bertaburan di serata tempat.'Dalam pada itu, kekurangan bekalan perubatan, makanan dan air untuk sekitar 10,000 pelarian di sekitar bandar Misrata turut mencetuskan krisis kemanusiaan, kata seorang penyelaras badan bantuan kemanusiaan, Dr Helmi Makkaoui.Sementara itu, pemberontak Libya semalam mara ke bandar pelabuhan minyak strategik, Brega, sedang tentera Gaddafi terus membedil bandar Misrata yang dikepung dengan roket dan mortar.Pemberontak berkata tentera Gaddafi berada di tengah bandar Brega dan sering kali bersembunyi di dalam rumah agar sukar dikesan pesawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) manakala tentera pemberontak pula lebih terdedah. -- AP, AFP, Reuters.Cyberita Online Luar Negara

No comments: