myMetro
AJDABIYA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila kumpulan antikerajaan dan penyokong kerajaan Muammar Gaddafi bertempur di bandar Bin Jawad.
Penentang kerajaan pula dilaporkan berundur dari bandar itu. Maklumat Hospital Ajdabiya menunjukkan, seramai tujuh orang disahkan maut dan 52 cedera akibat pertempuran kelmarin.
Di Hospital al-Jala di bandar Benghazi, seorang doktor memberitahu, lima mayat dibawa ke situ dari Bin Jawad.
Kakitangan hospital berkata, tujuh mayat ditempatkan sementara di situ sebelum lima daripadanya diserahkan kepada waris untuk dikebumikan.
“Korban adalah pejuang sukarela - kebanyakannya dari Benghazi - yang mahu menggulingkan Gaddafi,” katanya. - AFP"

No comments:
Post a Comment