Pages

Tuesday, March 1, 2011

Libya tak kuasai semua minyak

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

01/03/2011 3:09am

BRUSSELS 1 Mac - Rejim Muammar Gaddafi tidak lagi mengawal kebanyakan pangkalan minyak dan gas Libya, menurut Kesatuan Eropah (EU), hari ini.

Pesuruhjaya Tenaga EU, Gunther Oettinger berkata, dia tidak bersetuju dengan cadangan kepungan keatas pengeksportan minyak dari Libya kerana pangkalan-pangkalan di sana kini di tangan mereka yang turut menentang kerajaan Gaddafi.

“Ada sebab kukuh untuk percaya majoriti lapangan minyak dan gas tidak lagi di bawah kawalan Gaddafi,” ujarnya. - AFP"

No comments: