Pages

Thursday, March 10, 2011

Gabenor bank pusat Gaddafi lolos ke Turki

Berita Harian

2011/03/10

LONDON: Gabenor bank pusat Libya, pengawal kewangan rejim Muammar Gaddafi, muncul di Turki selepas usaha besar-besaran dilakukan untuk memburunya, lapor akhbar Financial Times semalam.

Farhat Omar Bengdara, yang dicari pihak berkuasa, diplomat dan pegawai bank ketika pemberontak menentang rejim Gaddafi, mendedahkan lokasinya dalam e-mel yang dihantar kepada akhbar British.
Bengdara memberitahu akhbar harian perniagaan itu, beliau diberitahu bahawa setiausaha perancangan dan kewangan Libya dilantik sebagai pemangku gabenor dan menjelaskan beliau berada di Istanbul.
Pemimpin negara asing amat terdesak untuk mencari penyokong gabenor itu berikutan maklumat yang beliau miliki membabitkan dana pusat yang memberinya kuasa mutlak, ketika masyarakat antarabangsa membekukan aset Libya.

Bengdara mendakwa beliau masih memegang tugasnya dan berada di luar negara bagi memudahkan beliau menguruskan perniagaan. – AFP

No comments: