Pages

Tuesday, February 1, 2011

Suu Kyi lancar laman web sendiri





2011/02/01

BANGKOK: Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi melancarkan laman webnya sendiri dengan pemimpin ikon demokrasi itu menggunakan internet sebagai pengantara bagi mempercepatkan perubahan politik. 

“Sistem komunikasi yang bagus boleh memperkukuhkan rangkaian rakyat untuk mewujudkan demokrasi yang menjadi jambatan ke seluruh dunia,” Suu Kyi menulis dalam kata-kata aluannya semalam.
Beliau berkata laman web yang beralamat www.nldburma.org akan menggerakkan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang secara rasmi diharamkan kerajaan junta ke seluruh dunia.
“Saya percaya kita akan mencapai sasaran untuk mewujudkan demokrasi lebih pantas,” katanya sempena pembukaan parlimen semalam. 

Suu Kyi akhirnya mendapat kebenaran untuk memasang internet di rumahnya di Yangon awal bulan ini selepas tujuh tahun berada dalam pengasingan menerusi tahanan rumah yang berakhir November lalu. 

Sejak dibebaskan daripada tahanan rumah, beliau tidak dibenarkan menggunakan telefon atau internet. Beliau turut menyuarakan hasratnya menyertai Facebook dan Twitter. 

NLD memenangi pilihan raya 1990 tetapi keputusannya tidak diiktiraf rejim dan Suu Kyi berada dalam tahanan junta hampir dua dekad. 
Parti itu tidak mendapat suara dalam parlimen terbuka yang dikawal junta selepas ia diharamkan kerana memboikot pilihan raya yang turut melarang Suu Kyi daripada menyertainya. 

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi negara itu menepis rayuan terbaru NLD terhadap pembubarannya dengan hanya mengambil beberapa minit untuk menolak kes itu. – AFP 

No comments: