KERETA yang dipandu seorang wanita berada dalam keadaan mengiring dalam sebuah lubang di Truro, Britain baru-baru ini. |
TRURO – Sebuah kereta Volkswagen Polo berada dalam kedudukan mengiring dalam sebuah lubang sedalam 1.8 meter di sini, Britain selepas pemandunya hilang kawalan ketika hendak membuat pusingan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemandu wanita itu melanggar susur jalan dan keretanya berada di dalam lubang tersebut di tingkat bawah tanah sebuah bangunan, baru-baru ini.
Namun, pemandu berkenaan yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun, tidak cedera dalam kejadian itu.
Keretanya kemudian dikeluarkan dengan menggunakan sebuah kren. – Agens-kosmo
No comments:
Post a Comment