Pages

Thursday, January 20, 2011

Kalau bukan kita yang punya, jangan ambil walaupun 1 sen!

Polis tak siasat jika tiada laporan


ORANG ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas kelmarin.


SEREMBAN – Polis mengesahkan belum melakukan siasatan berhubung duit syiling berjumlah RM75,000 yang habis dikebas orang ramai ketika bertaburan di Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azli Kamaruddin (gambar kecil) berkata, kehilangan duit syiling itu tidak disiasat kerana polis tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak yang memaklumkan kehilangan wang milik mereka.
“Dalam kejadian itu, hanya ada seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dikatakan membawa duit syiling itu membuat laporan polis tetapi ia berkaitan dengan kemalangan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Sehubungan itu, menurut beliau, polis kini melakukan siasatan berhubung dua buah kenderaan yang berlanggar iaitu membabitkan sebuah Toyota Hilux dan sebuah kereta BMW.

No comments: