Amaran Turki kepada israeil, Putus hubungan atau Minta maaf
Turki mengancam akan memutuskan hubungan diplomatik dengan israel jika negara tersebut tidak meminta maaf atas tragidi serangan Kapal Mavi Marmara. Serangan tersebut telah menyebabkan 9 rakyat Turki Syahid.Amaran keras tersebut disampaikan melalui Menteri Luar Negara Turki Ahmet Davutoglu melalui Surat Khabar Hurriyet edisi Isnin, (5/7/2010).
Ahmet juga mengancam memutuskan hubungan dengan israeil, jika israeil menolak seruan Badan Siasatan Antarabangsa untuk membuat siasatan terhadap peristiwa yang telahb berlaku.
Ahmet menjelaskan, Turki tetap memaksa agar israeil memberi Badan Penyiasat Antarabangsa untuk membuat siasatan tanpa penglibatan israeil.
“Jika keputusan dibuat bahawa serangan tersebut bertentangan undang-undang mereka mesti meminta maaf, tidakan sedemikian pun sudah cukup,” Beliau menegaskan bahawa Turki tetap menuntut keputusan dari negara yahudi tersebut.
Ahmet juga mengatakan Turki masih menutup ruang udaranya untuk semua aktiviti penerbangan tentera israel sebagai respons dari insiden pada 31 Mei tersebut.
No comments:
Post a Comment