2010/12/12
GAMBAR fail diambil pada 31 Mac 2009 menunjukkan askar Jepun berkawal depan alat pelancar PAC-3 di Akita, utara Jepun.
TOKYO: Jepun akan menempatkan peluru berpandu pemintas paling canggih di pangkalan udaranya di seluruh negara bagi menangani ancaman peluru berpandu balistik Korea Utara, lapor Kyodo News semalam.Akhbar itu yang memetik sumber kerajaan dan pegawai pertahanan Jepun menyatakan keputusan menempatkan peluru berpandu Patriot Advance Capability-3 (PAC-3) itu, akan dilaksanakan di bawah garis panduan dasar pertahanan lima tahun yang baru dan bakal diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.“Sistem perluru berpandu PAC-3, direka untuk menembak jatuh peluru berpandu yang dilancarkan dari daratan, akan ditempatkan di semua enam pangkalan Pasukan Pertahanan Udara, berbanding tiga saja yang ada sekarang,” kata Kyodo.
Jepan membuat keputusan terbaru itu berikutan keadaan tegang di Semenanjung Korea yang semakin meningkat berikutan serangan meriam yang dilakukan Pyongyang ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan bulan lalu, selain peningkatan aktiviti angkatan laut China di wilayah itu.
Kelmarin, Jepun dan Amerika menamatkan latihan ketenteraan bersama terbesar dalam usahanya menunjukkan kekuatan ketenteraan kedua-dua negara, selepas Washington dan Korea Selatan mengadakan latihan serupa dalam usahanya mengenakan tekanan ke atas Pyongyang.
Di bawah garis panduan baru itu juga, semua enam kapal pemusnah Aegis akan dilengkapkan peluru berpandu pemintas Standard Missile-3, manakala jumlah kapal selamnya akan ditambah daripada 16 kepada 22 buah di perairan barat daya Jepun. – AFP
No comments:
Post a Comment