Pages

Wednesday, November 3, 2010

Tom Cruise panjat Burj Khalifa



BANGUNAN Burj Khalifa di Dubai.


DUBAI - Pelakon kacak Holywood, Tom Cruise dilihat menuruni dan memanjat dari tingkat 120 hingga 134 bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor sebuah akhbar semalam.
Cruise yang dilengkapi dengan tali dan abah-abah, memanjat Burj Khalifa pada minggu lalu dalam satu adegan lagak ngeri filem terbarunya, Mission Impossible: Ghost Protocol yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.
Aksi pelakon tersebut mengejutkan sejumlah orang yang berada di sekitar bangunan setinggi 828 meter dan mempunyai 160 tingkat itu pada minggu lalu. - Agensi

No comments: