DARLINGTON, Britain - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun, Alex Wilson berjaya membantu pihak polis memberkas seorang pencuri dengan merakamkan gambar perompak itu dengan menggunakan telefon bimbit miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak itu kemudian bertindak memuat turun gambar suspek yang dirakamnya ke laman web sosial Twitter.
Pencuri yang tiada pekerjaan itu, Craig Royal, 24, merompak sebuah iPhone seorang pejalan kaki dan melarikan diri dengan mengayuh basikal di Darlington, County Durham.
Kanak-kanak sekolah itu yang terkejut menyaksikan insiden tersebut ketika menaiki sebuah kereta bersama bapanya bertindak bijak dengan merakamkan gambar suspek dengan telefon miliknya pada 10 September lalu.
Apabila tiba di rumah, Alex bertindak memuat turun gambar tersebut di Internet dengan keterangan gambar: 'Orang yang bodoh ini baru sahaja merompak seseorang di Jalan Yarm kira-kira 20 minit lalu.'
Imej rakaman itu kemudian diambil pihak polis yang berjaya membuat pengecaman suspek dan membuat tangkapan.
Ibu Wilson, Mel berkata: "Dia (anaknya) berasa jijik (dengan perbuatan mencuri itu) semasa melihat kejadian rompakan tersebut.
"Justeru dia (anaknya) berasa gembira apabila perompak itu dapat dirakamkan menerusi kamera telefon bimbitnya."
Menurutnya, anaknya berasa amat gembira apabila mengetahui perompak itu telah ditangkap polis. - Agensi
No comments:
Post a Comment