Pages

Monday, November 29, 2010

8 krew, 3 penduduk maut nahas pesawat





2010/11/29

PASUKAN penyelamat Pakistan sedang memeriksa kawasan kebakaran dan pesawat yang terhempas di Karachi, semalam.
PASUKAN penyelamat Pakistan sedang memeriksa kawasan kebakaran dan pesawat yang terhempas di Karachi, semalam.
Kapal terbang kargo buatan Russia jatuh di kawasan perumahan sebabkan kebakaran besar 

KARACHI: Sebuah pesawat kargo terhempas di kawasan perumahan di sini sejurus selepas berlepas semalam, menyebabkan kebakaran besar dan mengorbankan semua lapan krew warga Russia di dalamnya dan tiga penduduk di darat.
Sekurang-kurangnya seorang mangsa di kawasan perumahan itu turut cedera, namun pesawat buatan Russia terbabit nyaris terkena blok pangsapuri padat penduduk beberapa ratus meter dari situ. Kira-kira 20 rumah rosak atau musnah walaupun kebanyakannya masih dalam pembinaan dan dipercayai tidak berpenghuni, kata penduduk tempatan.
Pesawat Ilyushin IL-76 dalam perjalanan ke Sudan itu terhempas jam 1.50 pagi, di mana ramai penduduk di kejiranan mewah di bandar terbesar Pakistan itu sedang tidur. Satu daripada enjin pesawat terbakar apabila ia terbang di atas kawasan perumahan terbabit, kata beberapa saksi. 

“Saya melihat satu daripada sayapnya terbakar dan berlaku letupan sekali gus menyebabkan pesawat terbakar dengan pantas,” kata Riaz Ahmed. 

Pesawat meletup umpama bebola api, menyebabkan api dan asap menjulang ke udara serta letupan besar. Lima kereta bomba menyembur buih ke tempat kemalangan dan kebakaran berjaya dipadamkan selepas dua jam, sekaligus membolehkan penyelamat mencari mayat serta mangsa yang terselamat di bangunan yang musnah. 

Beratus penduduk berkumpul untuk melihat nahas dan merakamnya dengan telefon bimbit sehingga menghalang pekerja kecemasan masuk ke kawasan itu. 
Jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam Pervais, George, berkata pesawat itu menjunam dua minit selepas berlepas dari lapangan terbang antarabangsa bandar ini. 

Ramai penduduk pada mulanya beranggapan letupan itu datangnya daripada bom, insiden sering berlaku di negara yang sentiasa digugat serangan militan. 

“Saya sedang tidur dan terdengar letupan besar menyebabkan saya terjaga. Saya ingat serangan bunuh diri berlaku dan berlari keluar,” kata Rehan Hashmi. 
Doktor tempatan, Abdul Razak, berkata seorang mangsa dirawat di sebuah hospital akibat melecur teruk. 

George berkata, pesawat itu adalah jenis II-89, pesawat kargo pelbagai guna yang sering digunakan untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada negara membangun serta barangan besar lain. 

Kemalangan itu adalah yang ketiga dalam tempoh kurang lima bulan di Pakistan. Awal bulan ini di sini, 21 orang terkorban apabila sebuah pesawat penumpang kecil terhempas sejurus selepas berlepas. 

Julai lalu, sebuah pesawat penumpang dikendalikan syarikat penerbangan Pakistan Airblue terhempas di kawasan bukit menghadap ibu kota Islamabad ketika cuaca buruk membunuh semua 152 penumpang di dalamnya. – AP

No comments: