Pages

Tuesday, September 7, 2010

Wanita 78 tahun hilang dalam hutan ditemui hidup





2010/09/06

THONON-LES-BAINS: Seorang wanita tua Perancis berusia 78 tahun, penghidap penyakit Alzheimer, dilaporkan hilang hampir seminggu selepas terjatuh ketika berjalan di kawasan hutan Alpine ditemui masih hidup hujung minggu lalu dan dimasukkan ke hospital. 

Cukup. Tiada lagi hutan, saya tidak mahu melihatnya lagi. Saya mahu bersara di rumah, kata Michele Riotton kepada pemberita dari katil hospitalnya di bandar Alpine Perancis, Thonon-lesBains.
Riotton berkata beliau masih ingat ketika berjalan melalui kawasan hutan selepas meninggalkan rumahnya di Armoy pada Ahad, 29 Ogos lalu, beliau tergelincir ke gaung dan kemudian tertidur.
Dengan mengenakan jaket terang, beliau terpaksa melalui kelam malam dan tidak mempunyai makanan kecuali dua keping biskut di dalam poket dan air hujan untuk diminum. AFP

No comments: