Pages

Wednesday, July 21, 2010

Salah orang, bukan tahfiz

KUALA LUMPUR: “Jangan kecam tahfiz. Yang salah orang, bukan tahfiz,” kata penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz ekoran tindakan liar seorang guru tahfiz melakukan hubungan seks bersama tiga isterinya, kononnya mendakwa itu sunnah Rasulullah s.a.w.
Katanya, perbuatan guru tahfiz terbabit salah di sisi Islam dan tidak berlandaskan al-Quran dan sunnah, malah tidak pernah dilakukan Rasulullah.
Beliau yang juga bekas Imam Masjid Negara dan Pengetua Program Imam Muda, berkata walaupun mempunyai tiga isteri setiap hubungan seks yang dilakukan mesti di dalam bilik berasingan dan sekurang-kurangnya mesti mempunyai tirai dengan aksi berkenaan tidak boleh dilihat orang lain.

Katanya, perbuatan guru tahfiz terbabit salah di sisi syarak, malah boleh menimbulkan aib kepada orang lain.

“Jadi jangan salahkan tahfiz kerana tahfiz tempat mengajar dan menghafal al-Quran, yang perlu dipersalahkan orang itu.

“Orang sekarang tidak sama orang dulu, kadang-kadang orang yang datang belajar tahfiz orang yang sakit jiwa dan tidak lulus pelajaran dan bila terjadi apa-apa orang akan salahkan tahfiz.

“Jangan kecam tahfiz, sebaliknya tengok pada isi orang itu kerana Islam dan al-Quran sentiasa mengajarkan yang baik saja,” katanya mengulas laporan Harian Metro Sabtu lalu.

Hassan berkata, kerajaan seharusnya menguruskan tahfiz di negara ini dengan baik dengan penekanan kepada pelajar cemerlang yang mendapat 5A dan 8A dalam peperiksaan yang perlu dihantar ke tahfiz bukan pelajar yang gagal dalam pelajaran.

Beliau menegaskan tindakan guru terbabit ibarat haiwan tidak berakal kerana Islam mempunyai adab yang mesti diikut, malah setiap suami isteri mempunyai hak yang perlu dipertahankan.

No comments: