oleh Ibnuyaacob
Lewat 1990-an, sejak beberapa penyiasat konspirasi Yahudi mendedahkan pelbagai perkara tentang Illuminati, Freemason, Bilderberg dan sebagainya, kelihatan muncul juga seiring bersamanya teori-teori tentang ….
….siapa sebenarnya Dajjal?
Masyarakat Barat mula kelihatan menggila mencari individu yang digelar AntiChrist atau Dajjal ini. Masing-masing (secara inidividu atau kumpulan) mula mendedahkan teori masing-masing tentang Siapa sebenarnya Dajjal (AntiChrist).
Teori-teori ini dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada orang terkenal, inidividu biasa atau peminat konspirasi.
Teori Muhammad Isa Dawud tepat
Apakah teori beliau? Telah diterangkan dengan panjang lebar sebelum ini. Namun dapatlah kita ringkaskan bahawa masyarakat barat 90% sehaluan dengan teori Muhammad Isa Dawud walaupun merea belum tentu membaca bukunya.
Buku MID yang bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda sebenarnya telah diterjemah dan telah pun memasuki pasaran US dan Kanada. Amat menghairankan buku ini ditempah banyak oleh kebanyakan perpustakaan-perpustakaan di Amerika dan Kanada.
(Malangnya di Malaysia, jarang dilihat buku ini ada di perpustakaan)
Kami percaya pengaruh buku ini yang diterbit sejak 1997 amat mempengaruhi pemikiran masyarakat Barat. Ini kerana kajiannya meliputi semua aspek metodologi penyelidikan.
Masyarakat barat langsung tidak menganggap bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai raksasa, makhluk gergasi, haiwan ganjil atau makhluk asing. Mereka tetap menganggap ianya seperti manusia biasa tetapi amat berpengaruh.
MID telah menyatakan dalam kajiannya bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penguasa dan sebagai manusia biasa tetapi ada pengaruh.
Beberapa Teori rambang masyarakat barat
Walaupun Dajjal masih belum muncul, tetapi nampaknya masyarakat barat bersungguh-sungguh menentukkan siapa sebenarnya Dajjal. Walaupun mereka mengkaji berpandukan Injil sahaja tetapi kesungguhan menganggap Dajjal akan muncul seperti orang awam biasa perlu dihormati.
Berikut ialah beberapa teori mereka tentang Dajjal yang dapat kami kumpulkan? Masyarakat barat telah mengandaikan orang-orang ternama tertentu sebagai Dajjal berdasarkan beberapa kajian latar belakang mereka.
- George Bush Jr. - dianggap sebagai AntiChrist (Dajjal) kerana tragedi misteri 911
- John Pope Paul II - dianggap AntiChrist kerana berjalan ke 117 negara seluruh dunia berdakwah tentang Kristian.
- David Rockefeller - dianggap Dajjal kerana keupayaan menguasai 50% harta seluruh dunia termasuk pengaruh politik, dasar kewangan Eropah, Asia dan Timur Tengah.
- Andrew Bertie - dianggap Dajjal kerana pengaruhnya sebagai Pemimpin EU 2007
- Richard Bennet - salah seorang penulis politik yang menganggotai Council on Foreign Relation (CFR)
Sekarang ini, Obama pula menjadi sasaran pembina-pembina teori di internet sebagai AntiChrist.
Selain dari teori-teori di atas, penyelidik konspirasi terkenal David Icke, Mike Hanson dan Alex Jones juga telah menggunakan sendiri terma Dajjal dalam video-video konspirasi terbitan mereka khususnya terbitan EnigmaTV. Ini secara tidak langsung menjadikan istilah Arab ini begitu global.
Kami percaya dalam tempoh 10 tahun akan datang terma Dajjal akan mengatasi terma AntiChrist kerana maklumat tentang identiti Dajjal lebih banyak diberitakan dalam Islam berbanding Kristian.
Anda boleh sahaja memasuki YouTube, Metacafe, GoogleVideo untuk melihat sendiri bagaimana terdapat banyak peminat-peminat dunia konspirasi Yahudi dari barat cuba mengemukakan idea masing-masing.
Kesimpulan
Kita tidak mungkin mengambil teori rambang orang-orang barat ini sebagai panduan utama penyelidikan kerana umat Islam telah dibekalkan dengan instrumen paling sahih dalam penyelidikan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Namun begitu, sebagai pencari ilmu dan peneroka alam konspirasi, mengambil iktibar kesungguhan bangsa lain dalam mencari kebenaran fakta amat digalakkan. Kesungguhan mereka biasanya diakhiri dengan menjumpai Islam sebagai agama yang hakiki. Akhirnya mereka memeluk Islam.
Ia telah pun dibuktikan dengan kejadian 11 September 2001, di mana masyarakat barat yang mahu mencari klu mengapa Islam itu ganas akhirnya ramai pula memeluk Islam kerana sudah mengetahui kebenaran.
Contoh terbaik penyelidik sejarah dan konspirasi yang memeluk Islam ialahProf David Livingston dari Kanada. Kesungguhan beliau di dalam meneroka bidang ilmu akhirnya membawa beliau menjumpai Islam sebagai agama anutannya.
Wallahu’alam …
(Video) Bagaimana EnigmaTV menerangkan Jack Parson sebagai Dajjal
No comments:
Post a Comment