Pages

Friday, July 23, 2010

Lagi keluarga kulit hitam dapat anak putih




GAMBAR menunjukkan Emmanuel Ofor yang berkulit putih bergambar bersama keluarganya yang berkulit hitam.

MIDDLESBROUGH – Selepas Britain digemparkan dengan kelahiran bayi berkulit putih, Nmachi Ihegboro daripada ibu bapa berkulit hitam, seorang lagi budak berkulit putih daripada keluarga kulit hitam didedahkan oleh sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu, Emmanuel Ofor dengan memiliki rambut berwarna perang muda dan mata biru ialah anak kepada pasangan berkulit hitam, Ethelbert, 43, dan isterinya, Nkemakonam, 34, yang berasal dari Nigeria .
“Ketika dia lahir di sini pada Februari 2007, ramai jururawat mengerumuni Emmanuel dengan penuh kehairanan dan mereka sempat bertanya: Adakah saya gembira? Ya sudah tentu kerana dia anak saya,” kata Ethelbert, seorang jururawat psikiatri seperti dilaporkan akhbar The Sun.
Pada Selasa lalu, beberapa buah akhbar menyiarkan kisah Nmachi yang berkulit putih dilahirkan lima hari lalu di Woolwich, selatan London oleh ibunya, Angela berkulit hitam.
Bapa bayi itu turut berkulit hitam dan pasangan kulit hitam itu tidak mempunyai sejarah mempunyai keturunan kulit putih.
Pakar-pakar perubatan mengesahkan warna cerah pada kulit kedua-dua bayi itu adalah normal serta bukan disebabkan faktor penyakit albino namun mereka masih bingung dan menyiasat punca Nmachi dan Emmanuel dilahirkan berkulit putih.
Emmanuel mempunyai kakak, Afoma, berumur enam tahun dan adiknya Whitney yang berusia enam bulan tetapi kedua-duanya berkulit gelap.
Menurut Ethelbert, dia mempunyai seorang saudara jauh berkulit putih di Afrika walaupun ibu bapanya adalah gelap.
“Saya pada mulanya terkejut seperti orang lain namun saya ada seorang sepupu di tempat asal kami di Nigeria yang dilahirkan berkulit cerah daripada keluarga berkulit hitam. Jadi saya tahu perkara ini biasa berlaku,” kata Nkemakonam. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: