SYDNEY - Seorang wartawan Australia, Lucie Van Den Berg membongkar kisah rahsia ramai suami di negara itu sanggup curang dengan melayari laman web dirinya yang menyamar sebagai wanita kesepian, lapor sebuah akhbar semalam.
Dengan memakai nama samaran Sally Anne, wartawan akhbar Daily Telegraph itu berjaya mereka laman web sendiri dikenali sebagai Sexy Sally khusus disasarkan untuk lelaki berkahwin yang berhasrat untuk menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.
Antara pengirim itu ialah seorang lelaki yang menggunakan nama Chancer2 dari Melbourne yang mendakwa berusia 33 tahun dan berkata, dia memang suami yang curang dengan memberi alasan bahawa isterinya itu selalu kepenatan dan sering tidur.
Wartawan tersebut mendapati, ramai lelaki yang berkahwin itu sanggup menipu isteri kerana mendakwa kononnya kurang kepuasan ketika mengadakan hubungan seks menyebabkan mereka mencari sumber alternatif di laman web.
Menerusi penyamaran tersebut, wartawan itu terkejut kerana ramai lelaki terbabit sanggup berjaga lewat malam semata-mata untuk melayari beberapa laman web temu janji cinta menerusi Internet ketika isteri mereka sedang tidur. - Agensi
1 comment:
Hmm.. bukan setakat di Melbourne, kes2 macam ni pun dah banyak di Malaysia... haii... apa la nak jadi dengan dunia...
Post a Comment