Pages

Friday, May 28, 2010

Kumpul kereta yang diguna dalam filem



MARK PERKINS menunjukkan beberapa koleksi kenderaan yang pernah digunakan dalam filem.

ASCOT, England – Seorang pengumpul kereta di Britain, Mark Perkins, 47, memiliki sejumlah kenderaan popular yang pernah digunakan untuk penggambaran filem terkenal yang dibeli sejak 25 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara model kereta yang terkenal itu ialah Batmobile daripada filem Batman, Ectomobile (Ghostbusters), Ford Torino (Starsky and Hutch), Mini 1977 (Mr. Bean) dan Reliant Regal (Del Boy).
Turut dimilikinya ialah beberapa buah kereta unik daripada filem adaptasi siri kartun Flintstones dan Noddy’s Toyland selain sebuah kereta Aston Martin DBS yang pernah muncul menerusi sebuah filem James Bond iaituGoldfinger.
Perkins yang bekerja sebagai pemaju hartanah menyimpan semua kenderaan tersebut di garaj bawah tanah rumahnya di Berkshire dengan mengambil perlindungan insurans sehingga 500,000 (RM2.4 juta).
Kebanyakan model itu diperoleh menerusi jualan atau lelongan.
“Ia hobi yang bagus kerana saya terpaksa pergi ke seluruh dunia untuk mencari kereta itu selama lebih 20 tahun sehingga ruang garaj hampir penuh,” katanya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: