Pages

Tuesday, April 6, 2010

WAHABI MENYAMAR- Jihad Wahabi



WAHABI MENYAMAR- Jihad Wahabi
Assalamualaikum ,

Kali ini saya tertarik untuk menulis tentang situasi yang baru sahaja berlaku baru-baru ini. Ketika melawat ke blog Bahrusshofa , saya terkejut apabila ada seorang yang yang menggunakan nick ar rifaie memberikan komen disitu. Kelihatan pada mulanya saya sangkakan adalah seorang daripada kita tetapi bila saya halusi isu yang dibawanya iaitu isu Nur Muhammad dan pengkafiran membuta tuli barulah saya sedar rupanya dia hanyalah musuh-musuh ahlussunnah yang menyamar.

Perkara yang sama juga berlaku kepada blog Abu Syafiq,dimana nick tersebut cuba mengapi-ngapikan permusuhan antara blog-blog anti wahabi. Apa sudah jadi?

Bila saya teliti gaya bahasa yang agak kurang ajar nick tersebut, saya agak yakin yang dianya bukanlah dari ahlussunah. Kelihatan nick tersebut hanya terdapat di blog ahlussunah sahaja seperti blog saya (Jihad Wahabi), Bahrusshofa, Abu Syafiq. Ini salah satu petanda lagi yang menunjukkan niat jahat pemunya nick untuk melaga-lagakan antara ahlus sunnah.

Nampaknya lakonan mereka ini tidak berjaya akhirnya.Saya telah meneliti hujah-hujah mereka ini contohnya
Isu Nur Muhammad.

-Jelas disini pemunya nick tersebut ingin menggunakan taktik kotor atas perbezaan pendapat antara Syekh Abdullah Alharari tentang nur Muhammad.Bagi mereka yang pernah mengambil ilmu dengan bersanad dengan Syekh Abdullah,semstinya itu adalah pegangan mereka dan tidak sama sekali kami akan menyerang sesama ahlussunah walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat (Nur Muhammad). Musuh jangan dicari, tetapi inilah taktik kotor wahabi menggunakan isu khilafiyyah untuk memecah belahkan ummat.

Isu Kafir tak Kafir?
-Lagi sekali saya menjumpai kata seperti kafir tak kafir ni. Didalam roudhah.net mereka yang menggunakan nick ibnhajar juga mengambil kesempatan menyamar kononnya mereka adalah ahlussunah tetapi menampakkan kemelampauannya dalam menulis.Ini tidak lain tidak bukan hanyalah niat jahatnya untuk memburuk-burukkan aliran ahlus sunnah. Hanya Jauhari yang mengenal manikam, saya tahu mereka ini hanyalah menyamar sebagai ahlussunnah tetapi menunjukkan kemelampauannya dalam usaha untuk memburuk burukkan sesuatu aliran ahlussunnah. Ini tidak menghairankan kerana terpalit dalam sejarahwahabi seperti agen agen Yahudi dalam usaha Wahabi untuk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah. boleh rujuk juga di sini

Tembelang pecah
Sebenarnya hujah mereka ini saya pernah lihat di website-website Wahabi seperti Aizam Jakim, Abu Syuaib dan beberapa yang lain,dan saya mengagak mereka menggunakan semula hujah tersebut sebagai reverse pshycology untuk menyerang ahlusunnah semula. Sudah-sudahlah, tembelang kamu (Wahabi)sudah dipecahkan , inikan pula mahu menyamar untuk melaga-lagakan ahlussunnah.Identiti mereka ini boleh diteka dengan mudah.
Ikhwah sekalian,setelah di kaji Wahabi ini sebenarnya inilah misi utama Wahabi untuk memecah belahkan umat. Mereka akan gunakan apa sahaja taktik kotor, tidak kiralah menyamar ,membunuh (*pernah berlaku dalam sejarah kebangkitan Wahabi) atau apa sahaja demi hajat mereka untuk memecah-belahkan umat Islam tercapai dalam masa yang sama memberi kemenangan (*secara tidak langsung) kepada pihak sekufu mereka iaitu Yahudi . Kepada wahabi, tidak usahlah kamu berselindung dengan nama Ahlussunah,Salafi, dan sebagainya. Semakin lama kamu menipu masyarakat semakin jelas penyelewengan kamu akan didedahkan.Wallahu a`lam.

Salam perjuangan
JIHADWAHABI

http://jihadwahabi.blogspot.com/2007/11/wahabi-menyamar.html

* ialah penjelasan Dr Salafi Muda

DR. SALAFI MUDA : Semakin menjadi-jadi permainan kotor mereka...

No comments: