Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk
waktunya).Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka
diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat, Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat
Al-Hakim)
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment