Pages

Tuesday, November 22, 2011

Terengganu mula dilanda banjir



SEORANG wanita mengawasi kanak-kanak bermain perahu di hadapan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Merbau Menyusup, Setiu, semalam. – utusan/AZLAN HRUM


KUALA TERENGGANU 21 Nov. – Hujan lebat kadangkala berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua buah kampung di negeri ini, masing-masing di daerah Setiu dan Hulu Terengganu dilanda banjir.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana negeri berkata, seramai 43 orang daripada 11 keluarga di dua kampung berkenaan dipindahkan ke dua pusat pemindahan sejak pukul 3 pagi ini.

Daripada jumlah itu, 30 orang daripada lapan keluarga di Kampung Merbau Menyusup, Setiu ditempatkan di pusat pemindahan di Masjid Kampung Merbau Menyusup berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air sedalam 1.2 meter.

Sementara itu, 13 orang mangsa daripada tiga keluarga di Kampung Kolam dekat Ajil, Hulu Terengganu turut ditempatkan di pusat pemindahan di balai raya kampung berkenaan pagi ini.

Beberapa orang penduduk turut dipindahkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Berangan, Marang akibat banjir melanda kampung itu hari ini.

Sehingga pukul 6.30 petang ini, semua laluan utama di negeri ini bagaimanapun masih dibuka seperti biasa untuk semua kenderaan.

Sungai-sungai utama di seluruh daerah setakat ini berada di paras berjaga-jaga, namun keadaan adalah terkawal.

Dalam pada itu, setakat pukul 6.30 petang ini, jurucakap bilik gerakan bencana negeri memberitahu, hampir kesemua mangsa banjir berkenaan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini berikutan keadaan kembali pulih.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'

No comments: