Pages

Showing posts with label kelawar. Show all posts
Showing posts with label kelawar. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Trend tiru aksi kelawar mula popular


TREND berdiri dalam keadaan terbalik kini semakin popular di laman perkongsian sosial di Internet.

LONDON – Semakin ramai individu memuat naik gambar mereka di laman rangkaian sosial di Internet dengan melakukan aksi berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar, lapor sebuah akhbar semalam.
Aksi tersebut kini lebih popular di Internet berbanding trend meniarap seperti papan di pelbagai lokasi.
Banyak laman web memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan sejumlah orang berlatih dengan melakukan aksi kelawar itu di rumah dan di beberapa lokasi lain seperti tempat meletak kereta.
Namun, aksi tersebut menerima beberapa kritikan negatif daripada para pengguna Internet yang menyifatkannya sebagai berbahaya.
“Seseorang pasti akan mati kerana melakukan aksi ini,” menurut satu komen di Internet.
Sebelum ini, seorang individu maut akibat terjatuh dari balkoni sebuah bangunan di Australia kerana melakukan aksi meniarap. – Agensi, kosmo

Saturday, May 28, 2011

Kelawar jadian dituduh curi wang




PENDUDUK Landangan percaya duit mereka dicuri oleh kelawar jadian.


SITUBONDO, Jawa Timur - Warga Landangan, daerah Kapongan di sini baru-baru ini dikejutkan dengan cerita mengenai seekor kelawar jadian yang dituduh mencuri wang penduduk.
Haiwan itu berjaya ditangkap dan penduduk mendapati warnanya berbeza dengan warna kelawar biasa.
Seorang penduduk, Ahmad Untung, 40, memberitahu Detik.com, beliau berjaya menangkap kelawar itu yang 'tersesat' masuk ke dalam rumahnya.
"Saya merasa curiga melihat kelawar ini dan terus menutup tingkap dan pintu rumah supaya haiwan ini tak dapat keluar.
"Dengan dibantu oleh isteri, saya berjaya menangkapnya," ujarnya. Dengan tertangkapnya kelawar tersebut, penduduk kini tidak lagi mengadu kehilangan wang.
Sebelum itu, Ahmad berkata, jiran tetangganya sering kehilangan wang dengan cara yang tidak wajar.
"Tiga hari lalu saya kehilangan wang sebanyak Rp100,000 (RM35.65), padahal di rumahnya ketika itu tiada orang dan wang itu saya ikat dengan tali," ujarnya.
Hal serupa juga diutarakan oleh Badrus yang memberitahu, beliau juga sering kehilangan wang di kedainya, sejak beberapa minggu terakhir ini.
Sejumlah warga mengaku kehilangan wang dengan cara yang tidak wajar ini antara Rp50,000 (RM17.80) hingga Rp2 juta (RM713). - AGENSI
Utusan Malaysia Online - Luar Negara