Pages

Showing posts with label piramid. Show all posts
Showing posts with label piramid. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Saintis siasat piramid di Jawa Barat

PEMANDANGAN di Gunung Sadahurip Jawa Barat yang dikatakan mempunyai bentuk seakan-akan sebuah piramid.
PEMANDANGAN di Gunung Sadahurip Jawa Barat yang
dikatakan mempunyai bentuk seakan-akan sebuah piramid.


Tiga kementerian bincang usaha sokong laksana penyelidikan

JAKARTA: Sepasukan saintis sedang berusaha melakukan penyelidikan mengenai khabar angin kononnya wujud piramid di Gunung Sadahurip dan Gunung Padang Cianjur Jawa Barat.
Pegawai khas presiden dalam pengurusan bencana dan hal ehwal sosial Andi Arief, beliau mengadakan satu mesyuarat pada Jumaat membincangkan mengenai isu itu.
“Saya berharap dapat meyakinkan tiga orang menteri negara ini bagi menyokong usaha kumpulan saintis berkenaan,” katanya.

Mesyuarat dihadiri ahli Pasukan Kajian Katastrofik Purba, diketuai ahli sismologi, Danny Hilman dan wakil dari kementerian pelancongan, teknologi dan penyelidikan serta kebudayaan dan pendidikan.

Andi berkata mesyuarat tidak rasmi juga diadakan antara pasukan itu dan pegawai dari Kementerian Pelancongan.

Kementerian berkenaan akan membawa pakar, peralatan dan dana untuk membantu projek berkenaan.
Penemuan piramid di Indonesia, kata Hilman akan menulis semula sejarah di kepulauan berkenaan dan mungkin juga di dunia.

“Kita boleh buktikan bahawa tamadun purba kita lebih maju berbanding apa yang dipercayai sebelum ini, malah lebih lama daripada Majapahit,” katanya merujuk kepada satu daripada kerajaan purba dan terbesar yang diketahui.

Timbalan menteri teknologi dan penyelidikan, Teguh Rahardji, berkata pejabat beliau akan melihat perkara itu sebelum memutuskan sama ada akan terbabit atau tidak.
“Kami menyokong penyelidikan seperti ini,” katanya.

Pasukan itu, kata Andi pada awalnya mahu melakukan penyelidikan geologi berbanding mencari piramid. Beliau berkata idea untuk mencari piramid datang selepas sebuah syarikat pelancongan Geotrek Indonesia menyifatkan bahawa Gunung Sadahurip di daerah Garut kelihatan terlalu berbentuk piramid berbanding bentuk semulajadi.

Tidak semua percayakan teori piramid terbabit. Sujatmiko, seorang ahli geologi dari Persatuan Pakar Geologi Indonesia berkata beliau menyangkakan Sadahurip terbentuk secara semula jadi.

Gunung itu berada di garisan gunung berapi utama di Jawa Barat dan Sujatmiko berkata ia terbentuk sebagai sebuah timbunan piroklastik gunung berapi daripada magma yang muncul dari permukaan bumi tanpa saluran magma tipikal di bawahnya.

Pemangku Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan, Gde Pitana berkata tanggapan sejarah Indonesia mungkin termasuk piramid adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Terlalu banyak gunung di sini yang tidak perlu lagi dibina struktur tinggi untuk tujuan penyembahan. – Agensi

Berita Harian Online | Saintis siasat piramid di Jawa Barat:

'via Blog this'

Sunday, May 29, 2011

17 piramid bawah tanah




KAHERAH - Nampaknya teknologi angkasa bukan hanya mampu mencerap bintang tetapi juga membantu pakar kaji purba mencari tinggalan berharga yang tertanam jauh di bawah tanah.

Beberapa satelit berjaya membantu mengesan 17 buah piramid dan 3,000 penempatan purba Mesir yang tersembunyi di bawah tanah menggunakan teknologi cahaya infra merah.

Teknologi canggih itu mampu menembusi jauh di dalam tanah gurun dan boleh mengesan objek kecil dengan diameter kurang satu meter walaupun satelit dilengkapi kamera itu berada 725 kilometer di atas muka bumi.

Pakar kaji purba mengesahkan dua daripada piramid yang dikesan itu wujud dan mereka percaya ribuan lagi tapak arkeologi yang belum ditemui masih tertanam di kawasan itu.

Batu-bata diperbuat daripada lumpur yang digunakan penduduk Mesir purba untuk membina rumah adalah lebih padat daripada tanah dan pasir gurun, menyebabkan struktur bangunan yang dibina dapat dikesan oleh satelit.

Sebelum ini, saintis percaya hampir 140 piramid berada di seluruh Mesir namun banyak lagi binaan purba itu belum ditemui.
SH

Tuesday, March 1, 2011

Pakar geologi cari piramid besar di Jawa Barat




GAMBAR menunjukkan Gunung Lalakon, Jawa Barat yang menjadi tumpuan para pengkaji geologi di Indonesia bagi mengetahui sama ada ia mengandungi piramid.


KOTAWARINGIN, Indonesia - Sepasukan pakar geologi dan sejarah sedang mengkaji sama ada terdapat sebuah piramid besar di dalam sebuah gunung di Jawa Barat, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka melakukan kajian tersebut di Gunung Lalakon yang setinggi 998 meter dari permukaan laut dan terletak di Desa Jelegong, di sini, berhampiran kota Bandung.
Selepas tiba di puncak gunung, pasukan itu memasang alat-alat geologi termasuk 56 sensor dari puncak Lalakon hingga ke lereng gunung itu.
Alat-alat itu berfungsi untuk menganalisis struktur dan kepadatan batuan pada kedalaman beberapa ratus meter ke dalam bumi.
"Tujuan kami adalah untuk mengenal pasti apakah terdapat bangunan yang tersembunyi di dalam gunung itu," kata seorang anggota pasukan tersebut, Agung Bimo Sutedjo.
- AgensiKosmo! Online - Dunia

Sunday, August 15, 2010

Membongkar rahsia piramid


LEEDS - Sebuah robot akan memulakan misi meneroka lebih jauh ke dalam Piramid Giza dalam cubaan untuk membongkar misteri piramid tertua dan terbesar yang juga satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. 

Projek Djedi yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu dijangka akan berjaya memasuki ruang paling dalam piramid berusia lebih 4,500 tahun itu yang gagal ditembusi dua robot sebelum ini. 

Robot terbaru ini dicipta hasil kerjasama bersepadu pakar dari Universiti Leeds, Britain; syarikat penerbangan Dessault dari Perancis, dan syarikat robotik Scoutek di Britain. 

Projek Djedi menampilkan robot canggih yang dilengkapi kamera serat optik dan boleh membolosi lubang berdiameter 1.75 sentimeter.: 

Rodanya pula diperbuat daripada nilon dan serat karbon yang tidak merosakkan permukaan batu-bata purba di dalam piramid yang diteroka. 

Pengurus misi, Shaun Whitehead berkata, teknologi robotik paling canggih digunakan untuk menghasilkan robot terbaik yang boleh mengatasi sebarang rintangan dalam misi. 

Robot ini akan memasuki Makam Ratu yang mempunyai terowong yang pergi lebih jauh ke dalam piramid berkenaan; berbanding Makam Raja yang mempunyai terowong menghala keluar.