Pages

Tuesday, November 22, 2011

Palestin mohon campur tangan PBB batal sekatan Israel


22/11/2011 3:21am

RAMALLAH 22 Nov. – Palestin semalam meminta campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mencairkan aset miliknya yang dibekukan oleh Israel.

Tiga minggu lalu, Kabinet rejim Zionis menghentikan pemberian wang cukai dan tarif yang dikumpul bagi Pihak Berkuasa Palestin selepas negara Islam itu menjadi anggota Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki berkata, Palestin meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya campur tangan dalam isu tersebut, sekali gus menjamin pemberian semula wang itu seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Israel menghentikan pemberian aset itu bermula awal bulan ini sebagai hukuman terhadap Palestin kerana menjadi anggota UNESCO.

Setiap bulan, rejim Zionis akan memindahkan berpuluh-puluh juta dolar duti kastam yang dikenakan terhadap barangan yang tiba di pelabuhan Israel untuk dihantar ke pasaran Palestin. – AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments: