Pages

Showing posts with label Aamir Khan. Show all posts
Showing posts with label Aamir Khan. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Aamir Khan kembali ke India dari Mekah




AAMIR


MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain selamat kembali ke India pada Jumaat lalu selepas selesai mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita examiner.com kelmarin.
Aamir dan Zeenat dilihat tiba di sebuah lapangan terbang di sini bersama enam pengawal peribadi aktor itu.
Pelakon yang mempunyai ramai peminat itu pernah berjanji untuk membawa ibunya mengerjakan haji.
Mereka berangkat ke Mekah pada 19 Oktober lalu selepas selesai pelancaran lagu untuk filem terbaharunya, Talaash.
Ia merupakan ibadah haji yang pertama pelakon tersebut.
Aamir merupakan salah seorang pelakon paling popular Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. - Agensi

Thursday, July 14, 2011

Filem Aamir Khan dikritik


pix_gal0
Delhi Belly dituduh guna perkataan kesat, hina agama

MUMBAI: Filem baru arahan superstar Bollywood, Aamir Khan mendapat sambutan hangat namun turut mencetuskan bantahan hingga membabitkan kes mahkamah disebabkan dialog dan kandungannya yang dikatakan pengkritik sebagai terlalu kesat dan menghina.
Cerita komedi gila Delhi Belly itu dibintangi anak saudara lelaki Aamir, Imran Khan, mengisahkan tiga rakan sebilik yang pengotor dan dibebani hutang keliling pinggang serta secara tidak sengaja terbabit dalam jenayah.
Isnin lalu, filem itu yang banyak menggunakan perbualan dalam bahasa Inggeris dengan dialog kotor dan jenaka dalam tandas, mengutip 487.5 juta rupee (RM32.92 juta) sejak ditayang 1 Julai lalu, kata laman bollywoodhungama.com.

Namun, tidak semua pihak gembira kerana India secara keseluruhannya masih sebuah negara konservatif apabila penunjuk perasaan menyerbu sebuah pawagam di bandar barat Kolhapur hingga tayangan filem itu dibatalkan.

Sebuah lagi pawagam diserang di bandar tengah Indore selepas tindakan oleh organisasi sayap kanan Hindu yang menggesa filem itu diharamkan kerana mempunyai terlalu banyak bahasa kesat dan menghina.

Malah, di ibu kota hiburan lebih liberal India di sini, satu aduan difailkan di mahkamah, menuduh Aamir yang mempunyai peranan kecil menunjukkan ‘perbuatan lucah’, menaikkan kemarahan serta menghina agama. – AFP Berita Harian Online | Filem Aamir Khan dikritik