Pages

Friday, July 26, 2013

Robot Generasi Baharu, Winglet buatan Toyota diuji di luar makmal



DATUK Bandar Tsukuba, Kenichi Ichihara (tengah) dan Pengarah rakan robot Toyota Motor, Akifumi Tamaoki (kanan) menaiki skuter Winglet bersama kakitangan majlis perbandaran Tsukuba kelmarin.- AFP


TOKYO - Syarikat gergasi automobil dunia, Toyota Motor Corp mula menguji kenderaan robot persendirian generasi baharunya di kawasan kaki lima awam dekat Tsukuba, Jepun, lapor sebuah akhbar Jepun kelmarin.
Jurucakap Toyota berkata, skuter yang diberi nama Winglet itu merupakan robot pengangkutan persendirian terbaharu yang dibangunkan Toyota.
Ia direka bagi membolehkan pengguna bergerak dalam keadaan berdiri tegak seperti pejalan kaki biasa.
Skuter beroda dua itu juga dicipta dengan matlamat untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang segala pergerakan menjadi selamat, mudah diakses dan lebih seronok.
Uji pandu skuter comel beroda dua itu dijadual berlangsung sehingga akhir Mac 2016.
Uji pandu pada tahun ini lebih menekankan kepada keselamatan dan kesesuaiannya dengan laluan pejalan kaki serta lalu lintas lain.
Sesi ujian tersebut akan melibatkan 80 kakitangan di Institut Nasional Perindustrian Sains Lanjutan dan Teknologi (AIST) dan majlis perbandaran Tsukuba.
Winglet yang diuji di kaki lima dibenarkan untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2a8d890hq 
Hakcipta terpelihara